Aug 31, 2011

Rutin Syawal

Assalamualaikum.

Still lagi aku nak wish Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat semua reader(s) and blogger(s) . So , how yours first day Raya this year ? Hope it will be fine and happening . :') InshaAllah . Ini entry simple dan bermakna .

Raya aku ? Like always and usual every year laa . Nak tahu rutinnya ?
1. Bangun pagi kemas ape yang tak beres.
2. Mandi sunat kalau teringat*
3. Tolong siapkan makanan sementara tunggu Mama Abah balik Solat Sunat Aidilfitri
4. Bersiap sechantek mungkin nak pergi beraya . *persoalannya, cantikkah aku? HAHA :p
5. Salam Mama Abah mintak maaf .
6. Makan makan kat rumah
7. Ikut Mama Abah pergi ke rumah2 besan mereka .*Ampang Campuran and Putrajaya
8. Gerak ke Slim River ziarah kubur arwah nenek
9. Pergi rumah Mak Ngah abah
10. Balik Ampang.

DONE! 

So, itu laa rutin aku first raya ! :') Sometime aku rasa sedih sangat dengan keadaan aku . Kakak kakak dan abang masing masing dah punya family sendiri . Mula laa aku terfikir kalau laa aku dah punya pasangan . And at the same time , aku jadi sedih . Kesian jugak kat Mama Abah . Aku cuba tidak tunjuk riak sedih aku pada mereka . T____T 

Tapi aku bersyukur kerana Allah masih memberi kebahagiaan nak dibandingkan dengan mereka yang tak punya apa . Aku masih punya Mama Abah yang masih sayangkan aku . Dan aku masih punya adik beradik walaupun semua dah berkeluarga . Alhamdulillah .

And aku dapatkan rasakan , Raya tahun ini ada sedikit kelainan dengan gaya dan cara tingkah laku adik beradikku . Semoga bertambah erat dan bertambah bahagia . Aku mengimpikannya . :') Malam Syawal , sayu aku dengar alunan takbir . Entah kenapa aku jadi seorang yang sangat sensitif untuk raya kali ini . Untuk itu di kesempatan ini , jika Ramadhan dan Syawal ini adalah yang terakhir buatku ampunkan segala salah silap yang pernah aku lakukan . :') Selamat Hari Raya . 

Sedang menanti gambar keluargaku diupload oleh abang abang iparku. :')

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Aug 29, 2011

peRAYAan keMERDEKAan

Assalamualaikum.

Hey bloggers . :') Aku mengambil  kesempatan waktu sedikit yang terluang nih sementara menunggu waktu berbuka puasa hari yang terakhir untuk menaip entry baru . :DD 

Pejam celik pejam celik dah habes sebulan kita menjalankan ibadah puasa . Semoga ibadah kita diterima Allah SWT. Walaupun aku tidak sempat untuk mengkhatam Quran lagi 3juzu' itu dalam bulan Ramadhan , aku redha . Semua itu ada hikmah di sebalikNya. InshaAllah aku teruskan setiap amalan yang aku lakukan . :')

Okay , selepas berakhirnya Ramadhan . Syawal datang dengan penuh keberkatan . :)

Dengan kesempatan ini , saya PUTRI NURUL NABIHA BT JASMI ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini andai pernah tersalah bicara dan kelakuan yang tidak disengajakan yang pernah mengguris hati . Maaf dipinta. :') Semoga Aidilfitri tahun ini menambah kebahagiaan kepada muslimin dan muslimat sekalian. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. 

Next,

Satu Bangsa, Satu Negara, Satu MALAYSIA !


Disamping kita menyambut lebaran bagi umat Islam. Merdeka juga tidak dilupakan . har har har ! SATU MALAYSIA . :D 

Okay DONE . Aku dah taktahu nak type apa sebab kelam kabut nak pergi tolong mama masak . Chiowzzz .!

Happy Eid and Happy Independence Day to everyone ! 

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Aug 26, 2011

Ini boleh jadi kenangan manis.

Assalamualaikum.

Hey blogger ! :)

Ramadhan dah nak sampai penghujung . Sedih je rasa hati . Tak cukup rasanye nak hapus semua dosa silam dengan amalan yang aku buat dalam bulan mulia nihh . :'(  Semoga sempat aku settlekan semua hajat aku . Amin.

Okay! Now we talk about memories in Semester 5 . :') 

Selasa lepas , class group aku telah menyelesaikan sebuah event ! Event kah ? HAHA . Bukan laa event sangat pon , actually tugasan kitorang untuk subjek Muzik dan Pergerakan Kreatif . phewww . Macam macam insiden jadi before , semasa and after event tuh . End up.......   Eyh , terus nak cerita end pulak ? Tak best laa gitu kann . HEHE :p 

Before,

Banyak kali jugak discuss bila , kat mana and so on untuk event tuh . And of course kitorang kena vote group mana yang nak amik umur tahap sekian sekian untuk buat performance . :) And part yang paling tak boleh blah ! Cik Dayana mengamuk sebab kitorang macam nak bergaduh each other . Punca ? Berebut nak tema yang senang bagai bagi . HAR HAR HAR . :D 

Cik Dayana : ' awak nih tak malu ke ? nak bergaduh depan saya macam nih . Cuba laaa....' bla bla blaa . 

Penah korang gaduh sebab nak buat assignment ? HAHA . Hebat tak hebatnya laa kan ahli group aku nih ! :p


Semasa,

Untuk yang semasa nih , aku amik part REHEARSAL ! huaa huaa huaa . :DD Like usual laa kan bila rehearsal 'tak formal', yang ada tugas nak buat tuh endah tak endah je laa en . Sampai habes rehearsal , ada plak insiden jiwa kacau dan perbalahan each other . Aduyaiii laa kawan kawan . Chill laa weyh . Korang buat aku tergelak jee tahu tak ? Nasib geng menari aku sempoi sempoi belaka . :) Okay STOP! hee


Selepas.

Ini part , time event dah berlangsung and after semua dah perform masing masing punya idea . Big clap to us sebab mampu meng-havockan keadaan even VVIP ramai takda . :) Time nih , semua tunjuk kreativiti masing masing . Congrats korang . :)


Sharing is Caring.

Di pagi hari ! Semangat kot kitorang . BHAHA :D

Let me introduce to all of you , This is Mirul . He is the best boy with music and dance in our class ! :)

Thank you girlfie for helping ! ;)

Ape yang penting , KERJASAMA ! 

Aku tak profesional, tapi aku berkemampuan untuk melakukannya. !

dan hasilnya.. :)

This is we ! Dolly the Childhood. :)

With our lecturer. Miss Ilyia Dayana. :)

Doll VS Clown

Bawah nih 10 group yang berbeza idea dan gerak !
Ada certain gambar aku ciloks dari FB mereka . HAR HAR . :D

 Kontemporari Dance . :)
Kerakyatan mereka ini !
Tradisional all the way . (:
Teater Musical.
 Lagu Beraksi
 Baby Daycare. korang comel!
 Clown the Happiness.
 Modern Dance
Pop Yeh Yeh :)
Dolly the Childhood in Taridra


' we fight & we have fun together '
GROUP B- Semester 5 (Diploma in ECE)

Thank you for them ! The best supporter . Love u guyss . ;)


Time Cik Dayana bagi comment untuk kesemua group ! :)
Tengok laa , serious tak serious nya muka ? HOHO . 

Cik Dayana :' Untuk group ke 8, TARIDRA. Yang ini saya nak semua orang yang ada dalam audi  nih tolong berdiri . '
......senyap seketika....
Cik Dayana : Macam nih laa yang saya nak! Bagi tepukan pada mereka ... bla bla blaaa .

Alhamdulillah , untuk geng Dolly! Kitorang dapat standing ovation . Seriously , aku terharu and kelu lidah masa tuh . Mirul yang ada belakang aku pon macam nak menangis dah muka diaa . :DD Alhamdulillah . 

End up.......
Kitorang semua dapat FULL MARK untuk event tuh . :)
Thanks Cik Dayana. 

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Aug 18, 2011

Semoga aku diberi peluang. InshaAllah

Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran muslimin muslimat. :') Semoga kita sama sama dapat melipat gandakan pahala. InshaAllah. Entry ini bertujuan untuk share something yang aku terbaca dan terjumpa lepas aku baca Al-quran Subuh tadi.


#2 : Penghijrahan Sham Kamikaze .

Video 1

Video 2


Betapa besarnya kuasa Allah SWT untuk memberi hidayah dan petunjuk kepada hambaNya. :')






Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Aug 17, 2011

Layakkah aku?

Assalamualaikum.



Salam Nuzul Quran muslimin dan muslimat . :') Semoga kita sama sama dapat melipat gandakan pahala. InshaAllah. Entry ini bertujuan untuk share something yang aku terbaca dan terjumpa lepas aku baca Al-quran Subuh tadi. Dan entry ini adalah perkara pertama untuk dikongsi .


#1 : NOSTALGIA: Jodohku (dipetik dari LINK INI )






ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan
menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun
kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.Pepatah
Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a
minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest
of your life to forget your love ones.

Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses
kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.
Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain
kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan
sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai
cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang
kemudiannya mungkin cinta sejati ......

Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin
pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa
cinta sejati kita hanyalah pada Ilahil ...... Namun aku bersyukur
kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan
insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.

Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang
padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa
cinta separuh mati kini. Walaupun baru ku tinggalkan hampir empat
bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus ku
kenang selamanya.

Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang ku cintai, arkitektur. Dia
dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang
insan. Dia, ku tinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku
ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.

"Saya cabar awak."
"Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar,
which means in this three months time. It's just a challenge. If you
aren't dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me
so much.. Well, what would you say?"

Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-
benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut
cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad
nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia
menyentuhku, talak jatuh ke atasku.

Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku.
Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku.
Gila. Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan
menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang
dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka
memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar,
suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan
cabarannya.

Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku
mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama. Hakikatnya aku
tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya
insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada
keistimewaan lain.

Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan
diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan
formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia
bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "Yes sir!" atau "No
Sir!" dengan tegas. Aneh.. Entah mengapa, setiap kali dia menyebut
namaku, Aisyah, aku rasa menyampah.

Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan
kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika
sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku.
Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam
subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.

Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma
bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada
saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial,
dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang
menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya.
Kadangkala, terasa seperti diaibkan.

Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan
tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang
mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan
perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun
dibiar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian.
Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian
kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling
mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.

Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya
menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala
cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami
menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di
khalayak ramai.

Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang.
Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-
henti aku menguntum senyum 'bahagia'. Pastilah, sebentar nanti aku
akan memenangi cabaran ini.. Hatiku ketawa puas.

Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-
rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum
senyum, aku sayu.

Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah
aku? Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu.
Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada
interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut,
mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di
dapur dan aku di hadapan televisyen ..... Aku menjalani kehidupan
yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian
bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat
walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.

Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami
menyedarkanku. . Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak
mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku
dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang
tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku
menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap
badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala
aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak
menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?

Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan
sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku
terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas
badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur
di depan komputer pukul empat pagi.. Jam satu petang terjaga, aku
panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku
berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Ku semak hingga
helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan
disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan
gambarajah ... Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.

Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5.
Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan,
makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half
day today. So then, take care. Again, sorry.
-Zhafran-

Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis,
meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah! Tiga bulan
sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu
segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak
mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke
Glasgow .

Tanpa perasaan, ku nyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan
alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian
mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya ku beritahu tentang hasrat
menyambung pengajian.

Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga
ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan
Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-
adikku dan tersenyum memandangku.

Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai
giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba,
dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh.
Perlahan-lahan ku tunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang.
Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia
berbisik, "Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak
bahagia."

Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras
mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan,
aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan
menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya.
Namun hatiku benar-benar pedih.

Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti,
sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor
Zhafran ku dail. Lama baru ku dengar suaranya. Hatiku pedih.

"Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan
membenci awak." Sir, i hate you. I have to since i realized that i've
fallen into you the second you call out my name years ago and i can't
believed it. "Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi
Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya
bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak
untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas
kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan
saya. Tapi saya tak layak untuk awak!" Aku teresak. "I'm sorry i love
you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care."

************ ********* *****
Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati
hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf,
dia sudah berubah, juga minta ku kembali padanya. Maaf, hatiku bukan
lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran.
Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.

Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga
sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru.
Melupakan? Semakin ku berusaha, semakin ku sedari betapa ku
merinduinya.

Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim
luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan.
Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam!
Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi
kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.

"Langsung tak berubah, suka mengelamun."

Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang ku rindui
itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.

"Ikut saya." Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu
masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku.
Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.

"Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti.
Sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula."

Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak
selangkah ke belakang. Dia menghela nafas. "Aisyah, awak tahu tak
saya dah lama sayangkan awak?"
"Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa
bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab
itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah
saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci
saya. Malam tu di Bali , sebenarnya saya melamar awak takut-takut.
Tapi lain pula jadinya." Aku tergamam dengan penjelasannya.

"Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah
cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak
jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya
terhadap awak." Dia berhenti.

"Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak,
memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak
rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan
awak, saya nak awak jadi isteri saya semula."

Matanya bergenang. "Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya
tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok
awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok
awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah
sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu."

Terdengar esakan.. "Aisyah, i need you, i love you so much. I can't
be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your
real husband again?"

Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air
mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-
katanya.

"Aisyah, yes or no?" Lamunanku tersentak. "Yes sir! I do!"

Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.

Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia
kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan
Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa
kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia
membuatkan aku yakin pada diriku.. Banyak perubahan berlaku padaku
sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua
berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.

Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha
memperolehinya ..... Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang
disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan
cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu,
Zhafran, terima kasih untuk segalanya.

"Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your
help."
"Yes sir!!"





Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Aug 15, 2011

World Badminton Championships VS Stanza Cinta

Assalamualaikum. 

Hye guys! Happy weekends . Erk , dah masuk Monday kan ? HAHA . Biaq p laa . (: Straight to the point jaa ! Malam tadi, aku terpaksa memilih . Antara WBC 2011 atau Stanza Cinta ! HAHA :D Masa first game aku sangat berbangga tengok Datuk Lee Chong Wei main. fuhhh ! dah laa aku still tengah berbuka puasa . lagi berselera aku nk makan kann ? *propa sat ! Padahal aku memang focus MAKAN sebenarnya ! :) 

Aku dah siap Solat basuh pinggan and kemas dapur segala bagai , aku terus prepare stay depan TV ! and masa tuh Set kedua baru habes yang dimenangi Lin Dan . -___- *tiba tiba teringat ! , 'Eyh , harini ada Stanza Cinta' . Aku pon mula confused nak tengok mana satu , sebab dua dua pon aku minat . HAHA . 



VS


At last aku lebih memilih Piala Dunia Badminton 2011 itu ! phewww . Sebabnya aku tau , kalau Stanza Cinta aku boleh tengok ulangan beribu kali kat tonton.com . :DD HAHA . Penonton setia depan TV masa tuh Aku Kakak , Mama and Abg Jai. Abah pergi surau , if tak mesti dah join sekaki . hukhuk . :) Nabilah , Qayyum n Sara tido kan diri . eish3 . :) 

Cerita masa game Set ketiga ! Ta hengat Aku ngan Kakak yang over cuak . HAHA :) *semangat Malaysia katekan . Time LCW dah lead dua mata depan aku ngan kakak muka dah siap gumbira . Tapi abg Jai kata , 'alahh Lin Dan tuh boleh kejar punya' . -___- Haishh Abg Jai nih , cakap tuh kan satu doa . aduyaii .

End up , result dia memang Lin Dan yang menang ! Makk aii , muka awok tuh ta nak over bangga plak en ? Kesian LCW . :) Baru nak terasa Lagu Negaraku dipasang kat London nuhh ! uhuk . *bajet aku berada di sana. :DD Pastu , aku tengok Stanza Cinta tuh pon kureng feel dah . Cuma tersenyum jaa bila nama Taufik disebut . :') hee



'Kalau kita berharap pada manusia kdg2 mesti kita akn kecewa, tetapi
Kalau kita berharap pada Allah inshaAllah tdk akn ada istilah kekecewaan tu :)'
(dipetik dari Stanza Cinta TV3)

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Aug 13, 2011

Sometime.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, till 13 August nih puasa aku full lagi . :) and for now on, baru aku terasa nak meng-update sesuatu untuk entry baru. 

Aku tak tahu apa yang aku rasa and aku tak tahu apa yang aku fikir. But, apa yang aku tahu sekarang nih if ada je benda buat geram mesti aku nak emosi lebih ! HAIHH . Monolog hati , *aku mesti nak period nih* . Padahal, benda tuh dah selalu and normal je pada aku before nih. hmm


Sorry for whom felt not satisfied with me. -___- I am not a perfect person . Sometime, we need to be alone. Maybe in that way we can avoid that no one feels satisfied. Sorry again.


Diam tidak bermakna marah,
Diam tidak bermaksud benci,
Diam tidak bererti hilang arah,
Dengan diam mungkin cara terbaik,
untuk mengenal diri sendiri.

putri.

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)