Feb 25, 2011

Hidup kelam kabut sangat pon tak boleh jugak !

Assalamualaikum.

Okay , actually sekarang jam dah menunjukkan 3.44am ! And aku ? Tak tido lagi . Sebab apa ?? Hmmm . Meh aku nak bagitahu ! Kesah lak aku kalau korang nak kata aku kecoh an ? hee :D

FIRST!
Aku baru balik latihan tarian . Haihhh , T.T nih semua sebab aku mengada ngada nak join lagi dalam FESTARI UPSI . Aiyakkk . -_____- kan sendiri carik masalah ! Everynite ada training sampai pukol 2 pagi . And harini sampai pukol TIGAAA pagi! Mampuuuu ? *ayat Alif serta Een . HAHA :D

SECOND !
Assignment yang melimpah ruah yang baru ada kesedaran nak kena siapkan ! Salah siapa ? Yee , SALAH AKU ! *bagus kan mengaku?* hee :DD  And lepas training tadi baru laa mencungap nak settlekan sebab esok nak jumpa lecturer . *itupon kalau aku bangon awal esok pagi* BHAHA :D but , ALHAMDULILLAH jugak cuz certain assignment DAH SIAP ! YEAYYY . :D

THIRD !
Kerja sampingan yang aku kena buat untuk kolej! PENGURUS SLOT . ‘Abg Fakri Ohh Abg Fakri , tolong lahh mengerti kesibukan diriku ini . :’( ‘ Bila sampai fikir part nih , aku dah start tambah celaruu ! Mana nak carik orang lagi . Mana nak cover dengan Abg Wak nye lagi . Mana nak cover mcm mana programnnye nanti . HAIHHHH . T.T ‘Abg Fakri , tolonglah carik pengganti untuk Putri pleaseee.’

FOURTH !
Lepas mama call tadi , baru aku teringat yang kakak dah nak kena masuk wad ! Ohh My Dior . Tolong laa , aku nak berada bersama kakak aku time dia kat hospital . Macam before nih dia nak lahirkan Qayyum . Aku yang temankan dia dari start masuk hospital sampai lahh keluar . Aku sayang kakak laa . Hmmm , sedihnya tak dapat teman dia . T____T  ‘Semoga Allah mempermudah cara kakak untuk melahirkan anaknya yang kedua dan berada dalam keadaan yang selamat . Aminn.’

FIFTH !
Erm , dalam masa dua tiga harini ada je yang aku mcm nak terasa dengan beliau . ‘Hati Ohh Hati ! Please be strong , and do trust him okayhhh . Dont think too much . Believe it that he always love you !’ :’) And aku ni pon mengada sangat perangainya . Tahu laa tengah bercuti , emosi pon asik nak terganggu je . ‘Im so sorry my dear . I LOVE YOU SO MUCH!’ =)

Okay dah ! Cukup lah sampai LIMA kan ?? ngee .

Secara kesimpulannya , dari semua benda kat atas tuh ! SEMALAM AKU KENA INJECT KAT PUNGKOQ ! hahaha . :DD Sebabnya , aku tiba tiba kena gastrik time tengah program . Perghh , memang tak daya dah aku masa tuhh . Mula bajet ingat larat nak balik tido . Atlast , aku memang tak boleh nak jalan sebab sakit sangat . Nana ngan Ika pon mintak guard call AMBULANCE UPSI . Hee , SAKIT TAHU! Balik tuh rest kejapp , then tido sampai tak dengar bunyi phone langsung .

 Motif lagi ? 
Aku memang suka bajet comel ! HAHA

Okay , BYE!

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Feb 23, 2011

Ambik Masa Sekejap. :D

 Assalamualaikum :)

Tiba tiba baca artikel bawah nih jadi tertarik pulak . *cuba kalau bagi jurnal , ada aku nak tertarik?* kakakaka . Maaf laa , sejak dua menjak nih hati makin berperasaan . HAHA :D So , aku nak share laa ngan korang sape sape belom baca . weee . :)


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta. 


 Motif gambar ? 
Saje nak tayang muka comel . HAHAH
:DD *jangan mara haa*

Okay , nak sambung buat assignment .
BYEEE . :D


Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Feb 9, 2011

Silent Mood

Assalamualaikum.

Hello guys! ;) Blog aku sekarang kadang dijage kadang kene tinggal . Bawak bersabar je laa ye mybaby bloggie . HUHU . Bukan saje nak tinggal , tapi keadaan sekarang amat jeles dengan kte . :DD

Well , hajat entry baru aku nih nak cakap . Yang aku cuba untuk berada dalam keadaan silent mood . :) Mampukah aku ? hee . Aku nak try ta nak bising2 , ta nak kecoh2 , ta nak nakal2 . HAHA . Nampak no perangai budak2 lagi kan ?? :D 

Btw , itu laa yang aku cuba nak lakukan sekarangg . Hope menjadi laa kan ? Sebab aku ni sangat suke membebel n berceloteh bila dapat lepak dengan member . Adesss . :D Korang , tolong support aku taw ! HAHA . Kalau korang tanye kenapa aku nak mcm nih , ade laa jawapan aku sendiri . :')

Silent.


Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Feb 5, 2011

Hari Last Minute Jujur Katanyaa ! :D

Assalamualaikum.

Next entry pasal LAST MINUTE . Aku pon tak tahu ape pasal start cuti nih semua benda nak last minute . ngee . =) And kali nih , hari last minute aku bersama dengan Puek’s ku sekaliann . HAHA

Day : Tuesday
Date : 1 February 2011
Venue : Sekitar kawasan yang berdekatan.

Perasan kan tarikh tuh ? Malam semalamnye yang aku baru sampai dari Thailand ! Esoknya dah keluar . HOHO :D

Time nih , yang BUKAN last minute nye adalah ANIM’S BIRTHDAY PARTY . Dia memang dah cakap awal awal kat aku . Hee , thanks dik . =) tapi sayangg gambar tiada bersama untuk dipamerkan . ‘Dik , akak nak gambar yang ada dalam camera awak?’

Okay , itu starting !

Before pegi McD Taman Connaught tuh , Ezrai Hairi n Aniesz farha text aku nak ajak keluar ke BB dulu . Katanya Ezrai nak carik barangg . HAISHHH , korang memang pukul 2 nak keluar kol 130 baru text aku kan ?? Itu salah satu benda yang last minute .! -____- adess .

Dah jam 4 petang kitorang gerak ke LRT Ampang sebab nak tunggu Naz . gagaggaga . There’s something happen! :D Nak tahu apekah ? lalalla

Naz berada dalam keadaan keBENGANGan.

Sebab ??

Jeng jeng jenggg . :D

Sebab Ezrai Hairi laaa ! Semua punca dari si sengal Ezrai . :DD

Time Naz sampai je , aku dah nampak muka dia memang tahap tengah PANAS yang melampauu . HOHO . Kitorang diam je laa . ngee . :DD

Masuk kereta jaa , Naz cakap kat Ezrai . ‘Kau kalau nak mintak tolong ,... blablablaa ‘ aku dah tak ingat ayat dia . Tapi yang pasti Aniesz ingat setiap patah ayat Naz . HAHAHAHA . Nanti laa aku edit balik kalau dah ingatt . hee .

Tak penah penah taw dalam kereta sekali dengan ezrai , dia senyap sunyi . HAHAHA :D

Dekat kol 5 kot baru sampai McD si Anim . hee , =) then makan makan . Nasib laa Naz ngan aku dia tak ngamuk jugakk . hahaha . if tak , aku pon CUAKK . lalalala .

Otw nak pulang tuh pulakk . Muncul idea kata nak LEPAKING sama sama . Pare!! Terus kitorang try tanya Pare tanya boleh lepak sama sama or takk . And ajakan LAST MINUTE , mak dia BAGI KEBENARAN . hahahhaa .

And destinasi ?

BUKIT AMPANG
 Permulaan untuk menaiki tangga ke atas.

50 steps! and yess . aku mengah dah masa nih . HAHA

Meet me. ;)

Meet my BFF Aniesz Farha . 1st time jumpa dlm tahun 2011

Here is Naz . Kalau dia marah JANGAN TEGUR. :DD

And this is Ezrai Hairi. Si sengal ubi . :p

And atas nihh , my fav pitchaa ! Cantek okayhh view dia . ngee . 

And the stories for JUJUR is ?? 

Time lepak lepak sambil shisha tuhh , masing masing pon buat pengakuan secara JUJUR . haha ngekss jaa . Apekah ?? tetttt . itu biar kitorang je yang tahuu . kan koranggg ?? :DD After nih , ada sesi LAST MINUTE JUJUR part 2 kahh ?? hee . Nak tahu kesah lanjutt masing masing . lalala 

Pukul 11lebih baru gerak blah dari situ! 
byebye.

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Feb 4, 2011

Trip Last Minute to Hatyai

Assalamualaikum pembuka bicara . :)

Lama kan tak update cerita dalam blog nihh ?? Ngee , banyak cerita dah berkepuk sebenarnye nihh . Sangat banyak tahu!! Sampai dah tak tahu mana satu aku nak bagi dulu . Hee . (: Yang pasti aku akan update yang paling terkini . lalalala .

28 January 2011/Jumaat
Abah ngan Mama amik aku kat KHAR . hee , time tuh HATI memang sumpah takde feeling nak keluar dari KHAR . dalam erti kata masa tuh AKU SAYANG NAK TINGGALKAN KHAR . :DD Tapii , nak tak nak terpaksa jugak laa kann . sampai Slim River maghrib cam tuh . Then pukul 2PAGI , Abah ajak gerak slow2 pergi ke Padang Besar . Aku pon okay je laa . sebab bukan aku yang drivee ! HAHAHA


29 January 2011/Sabtu
Bangun2 tengok dah sampai Perliss . masa tuh kol 7 pagi . Gila cepat Abah drive kaa ?? HAHAHA . ke aku yang sedap sangat tidoo ?? lallaa

 then singgah JPP sebab nak jumpa kawan Abah nak tompang letak kereta kat rumah beliau . hee :))



gambar2 atas semua kat halaman rumah kawan Abah . HAHAHA . and konon aku macam nak jadi ProPhotographer pergi kawasan sekitar nak amik gambarrr! HAKTUIHH :DD ngee

Say hye to Abah n Mama . :)

Ini kucing anak kawan Abah . Sangat comel okayy . rasa macam nak culik bawak balik!! :DD


Dah lepak minum pagi kat rumah tuh kejap , kawan Abah pun hantar pergi ke sempadan untuk menaiki teksi untuk ke destinasi seterusnya . :DD

And aku ?? Tido sahaje kerjenyee . hahahah

Setibanya di sana . :)
singgah ke kedai makan . dan aku makan sangat banyakk ! dan tak kesah dengan muka yang serabai baru bangun tido . lalala :D *kesah pulak dengan orang Thailand ?* heheh :DD

Motif? tunggu makanan tak sampai2 . hee :D

Petang tuh , just jalan2 sekitar Hatyai nak shopping. :DD


 Masa nih nafsu nak shopping tak sampai seru lagii . hee

 sampai part nampak beg cenggini , aku dah mula merengek kat mama abah nak beg itu . nak baju ini . lalallaa :DD

Okay , mereka dah penat layan kerenah aku ! HAHA :DD Lepak kejap kat lobi hotel . hee . pastu pergi makan balikkk . :))


then , sambung jalan sampai penatt . :D

 see? mama dah betul2 penat kan . :D

****************************

30 January 2011/Ahad
The next day . Hari jalan jalan seklilingg Songkhla. :DD



















Okay , memang kitorang jalan sampai malam . :D

And sebenarnye , aku tak sabar nak tunggu hari Isnin untuk pulang ke Malaysia . 

Sekian . :) Saya budak baru belajar .

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)