Jul 27, 2010

aku DELETE kau.!

finally .! aku DELETE kau jugak . 

mungkin sekarang ni aku baru delete kau dari friendlist FB aku . tapi itu pun dah menjadi satu kepuasan dalam diri  aku . kalau boleh aku nak bagitahu semua orang yang aku benci kau .! 

baru aku tahu makin lama sebenarnya aku makin benci kau . tahniah kerana kau telah berjaya membuatkan aku membenci kau .!! :DD HAHA 

kalau boleh aku nak delete SEMUA yang berkaitan dengan diri kau . ! seriously kau tuh sebenarnya sangat HIPOKRIT . depan orang kau buat diri kau tuh macam bagus padahal tak pon .! 

dalam entry ny jugak , aku nak mengingatkan hutang hutang kau yang pernah ada dengan aku . kalau dah kata nak pinjam dulu tuh , mesti kena pulangkan kan ??. 

thanks to Allah kerana menyedarkan aku dari terus membuat kesilapan . berada di sisi kau adalah satu mimpi ngeri && kesilapan untuk aku  .

seriously aku rasa sangat berpuas hati bila aku dapat luahkan dalam entry kali ini .!!

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

memang itu hobi KAMI.!


Hello readers . ;) agak lama aku tak mengupdate entry entry baru kann ?? ini semua gara gara mood berblogging aku HILANG . macam macam sebab jugak laa . banyak cerita tapi tak reti nak menceritakan balik . haishhh 

Okay , kali ny mood aku datang balik sebab baru pulang dari kampung halaman . :DD lalallaa . sangat gembira okayh .!! Fie , Nik , Jannah && Moon mengikut aku pulang ke kampung halaman . walaweyhhh .! syiok ohh . bukan senang umah aku kat Ampang tuh nak ramai orang sebegitu . trimass yew rakan rakan . :)) 

Ini sewaktu ingin pulang ke rumah aku di Ampang . tak sabar noo laa tuh masing masing nak sampai rumah   . HEHE 

Sebegitu nye KAMI pulang ke rumah , keesokan harinya KAMI sudah merancang untuk bershopping . yawww .!! :))

seperti perjalanan yang sudah di rancang , kami keluar rumah jam 11 pagi . ini semua gara gara mahu ke destinasi yang banyak . ngehehe :DD setibanya di station Hang Tuah , kami terus menuju ke Pavilion untuk menonton wayangg . woot woot . 

Aku , Nik && Moon menonton cerita MANTRA . bhahaha .! kelakar tahuu . :DD dalam takot takot nak tengok tuh , ada jugak part yang kitorang gelak . adesss laa . :DD && yang paling tak boleh blah part orang laen semua tengah senyap tiba tiba ,.... 

"Oii mak kau Muzir .!"

haa , nak tahu siapa ?? sure laa Munira Muhiyddin itu . sampai tercampak popcorn dia . wakakaka  :DD memang aku gelak je laa. nasib aku dapat cover terkejut aku tuh .

kesimpulan cerita tuh , ermmm boleh laa .! tak takot cuma menyeramkan . haa korang faham tak ?? HAHA && one more thing , aku rasa macam agak tidak baek bila mereka bagai mempergunakan ayat Al-Quran . astaghfirullah... ececehhh . da macam ustazah sangat laa tuh aku niyh ?. ngee 

settle jew movie , kitorang terus ke toilet .! Nik && Moon sudah tidak sabar menyampaikan hajattt . wahahah . :DD dah alang alang tiada orang . apa lagi ,  menggedik laa KAMI bertiga di toilet itu . HAHA :p 

 lihat aksi Munira Muhiyddin yang mahu menggoda .! lalalala :p 

 
agak agak korang , if aku apply jadi model lepas tak ?? . stop it Putri , kau tak payah nak perasan cantek sangat .! kang ada orang muntah darah . -__-

Okay , cuba perhatikan balik gambar aku & Moon yang ni . if nak tau , kitorang tak merancang .! masa snap gambar aku dia dalam toilet . adakah keserasian yang boleh dinamakan ??. tetttt :p 

dan ini , Kin Ari Einayiri *nama dalam Facebook, boleh search kalau nak* lalala :DD sentiasa dengan aksi comel . adesss , tergoda i nyahh . :p

before tunggu Fie & Jannah habes movie mereka . kitorang jalan jalan dulu . woot woot . ;)) Ohh , lupa nak kasi tahu , Fie && Jannah tengok Toy Story 3 . hehehe . mereka tidak mahu menonton MANTRA . :p

then setelah bertemu nye semula kitorang berLIMA , kitorang memulakan aktiviti pencarian bintang mee segeraa .! eyh , tak tak tak . itu Daus AF8 punya video klip . lalala .:DD kitorang merayap laa . masuk dari satu kedai ke satu kedai . weheee . 


di Pavilion , aku dapat wallet ROXY . almaklumlaa , wallet aku dah ala ala nazak . ngee ;) Nik dapat baju Nichii sehelai , accesories di Forever 21 . && Fifie mendapatkan neck lanyard nye di ROXY juga . hehe :) 
sewaktu dalam perjalanan mahu ke Sg Wang . nampak tak betapa sesaknya bandaraya Kuala Lumpur ketika itu ??. 
*credit to Moon of this pitcha*

after tuh , KAMI menyambung aktiviti memperhabeskan duet yang ada di Sg Wang . bhaha .! :DD and sebelum itu , kitorang telah membuat perjanjian bersama Aniesz di depan McD . yawwww .! Miss You laa babe . ngehehe . :)) 



before continue our activity , we have a lunch together .! lekkk , ttbe yang nak berspeaking aku ny apahal ?? adeyhh .! yang makan time tuh Aku , Aniesz , Nik && Moon jaa . Jannah & Fie tak makan . kata meraka sudah makan di dalam movie . adoiyaiiii . -___- 

 Asfiffah Zamri , Aniesz Farha , Putri Nabiha.
Nik Ira , Munira Muhiyddin , Jannah Mohamed.

lepas makan , tenaga masing masing dah di serap kembali . ! habes keliling Sg Wang laa kitorang merantau . aiyaiyaiiii . :DD memang tahap bershopping sakan tahuu . ! :p 

well , memang itu hobi KAMI .!

nak buat macam mana kan ?? perempuan memang tak boleh lari dari menggemari aktiviti bershopping . kan kawan kawan ??. lalala :DD  

&& dalam pukol 6 lebih aku jumpa Anim di McD . nak belanja dia makan . dah lama gilaa tak jumpa Si Sepet niyh . :DD busy sangat dia dengan netball tuh . adesss . -___- Fie pulak jumpa cousin dia kat McD tuh jugak . yang lain pula , meneruskan aktiviti bershopping mereka . HOHO 

pukol 8 lebih baru kitorang menapak untuk pulang ke rumah . ngehe . actually itu pon ade hajat lagi nak singgah ke KLCC . ! sorry yew Moon , novel LBS tuh xda . T.T saya rasa bersalah amat actually . adoiiiyaiii . -___- maafin saya yaa . !


btw , untuk cerita yang lebih lanjut sila tekan sini atau ini .

sekian , wasalam .


Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Jul 18, 2010

Nombor berapakah pilihan anda?.


Kalau semalam entry aku dalam kesedihan . Hari ini aku nak menceritakan tentang kegembiraan di hari ini . Syukur Alhamdulillah . :) My little boyfriend sehat sejahtera . tiada kesan yang terok lepas jatoh katil itu . :DD

Aku rasa suka amat bila hari niyh , abah mama && kakak call semata mata nak kasi aku dengar suara Qayyum . takot aku risau amat laa tuh .! ngee , tapi memang pon . dah macam nak gugur jantung aku niyh bila dengar dia jatoh katil . adeyhhh . T.T

suka aku bila dengar abah ngan mama kata dia sengih bila aku panggil nama dia . nampak sangat My Little Boyfriend itu rindu akan aku .!! HAHA :DD jangan jeles yew kalian . && tak nafi taw , bila aku tunjuk muka depan dia , dia akan senyum . lalalala . :)

kat bawah ny , aku nak menunjukkan gambar gambar keCOMELan anak buah ku yang tersayang . sila PUJI dia okayhhh . :D 


Gambar Satu 

yang ni aksi dia sedang tido yang sangat lena . serious ohh . masa ny , aku tarek bantal dia nak kasi sedar pon boleh tido . eish3 . :))

Gambar Dua
dan ini sewaktu berada di dalam kereta . dia suka melihat ayahnya sedang memandu . HAHA . && hobi dia ialah berjalan .!! naek kereta jaa , terus diam . !! tak nangeh apa ponnn . *ikot perangai Acu Biha dia.* :))

Gambar Tiga
korang ada rasa nak geget geget tak perut dia yang bulat tuh ?? adeyhhhh . kalau nak tido tuh , tak sah tak buat muka comel . !! ngeee 

Gambar Empat
dan ini , Qayyum bersama ibunya di kedai makan .!! aku suka gila tengok dia pakai snow cap ny . rasa nak kasi penampo manja kat muka dia .!! HAHA . comel gilaa kannnn ????

Gambar Lima 
ny , bila dah penat sangat . macam macam posisi pon dia boleh tido . lalalala :))

Gambar Enam
see.! budak kecik ni . macam nak makan kaki aku jaa bila dia buat muka cam tuh . HAHA . suka sangat dapat teddy Kangaroo dari Atok && Bah dia . hee :p

Gambar Tujuh 
konon nak mara laa tuh bila orang amik teddy Kangaroo dari dia . !! elehhhh , Acu Biha ta takot laa Toyyum Toyyum . :DD 

Gambar Lapan
tadaaaa .!! tough tak badan little boyfriend ku ini ??. hikhikhik . :DD && sila lihat ketembamam pipi dia itu selalu menjadi mangsa gegetan dan ciuman aku . wakakaka . 

Gambar Sembilan
Qayyum bersama Acu Biha nye yang comel lagi kiut . lekkkkk ??. perasan ekh ??. HAHA . :DD 

Gambar Sepuluh.
Okay .! ini gambar pilihan hati ku . cuba focus kepada baju dia then , tengok pula kepada tangan kirinya itu .!! HAHA . Qayyum cuba nak memperkatakan "I'm a rock baby.!" hehehe . style kan ?? kecik kecik dah pandai buat gituuu . :p

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Jul 17, 2010

Muhamad Irfan Qayyum



Sekarang dah pukol 2.42am . aku still tak tido dari tadi . && actually dari tadi aku rasa macam tak sedap hati . aku ta tahu kenapa , tapi hati aku laen macam .! aku macam dapat rasa yang ada something akan happen . even Jannah , Moon && Nik dah bergelak ketawa sama sama tapii aku macam RISAU .! sorry yew korang . :(

and masa pukol 2.05 am tadi , tiba tiba aku dapat call dari kakak .!! SUMPAH aku teramat laa cuak . aku takot nak angkat phone . mula mula aku tak fikir pape lagi . then aku angkat jaa call tuh . :(

Kakak : kau dah tido ke ?.
Aku    : Kenapa ?.
Kakak : Kau tak tido lagi ke ?.
 (and actually aku dah macam nak marah kakak sebab sebok nak tanya dah tido ke belom . kalau aku dah pick up phone tuh makna kata aku belom tido laa.!!)
Aku    : eishh , belom laa .! kenapa ??
Kakak : tadi Qayyum jatoh katil .!

aku terus terkejut amat .!! SUMPAH weyh . aku terjerit kuat siket sampai buat roomate aku terjaga .! && start tuh , aku dah mengalir air mata . :((

Aku    : haa???!! mcm mana boleh jatoh?. Abg Pojie mana ?. *banyak gila aku tanya sampai aku dah nanges.*
Kakak : Aku nak buat susu utk dia.dia golek golek jatoh. Abg Pojie ada hal ....blablablaa . ny aku baru je balik dari hospital ngan mama abah .

lagi buat aku tak keruan .! banyak gila aku tanya kat kakak Qayyum okay tak ?. Doktor cakap pape tak?. Qayyum nanges lagi ke?. sampai aku rasa mcm nak balik KL time tuh jugakkk. 

and kakak jawab , Doktor kate xde pape . dia terkejut je . if pukol 6 dia muntah , doktor soh bawak gy hospital balik . 

aku sampai dah xtaw nak cakap apa.!! air mata aku dah mcm ta nak berhenti . -__- && sekarang aku still menanges . 


"Ya Allah Ya Tuhanku , Kau jauhkanlah segala perkara buruk yang berlaku kepada anak buah ku Muhamad Irfan Qayyum ."

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Jul 14, 2010

Terima Kasih

Minggu ini mungkin aku still boleh rajen mengupdatekan blog dengan entry entry baru . sebabnya assignment masih lagi tidak timbul timbul . :DD 

tunggu esok lusa , mao bernanah otak aku memikirkan pasal assignment .! bhaha . :D 

minggu minggu awal ini , aku sudah melepaskan kerinduan untuk menikmati BURGER AYAM SPECIAL TA NAK SAYUR .! kan aku penah buat entry pasal burger niyh . dua malam berturut juga aku mengorder menu itu . ngeheh . :DD

Terima Kasih Pak Cik Burger .! sedap sehingga menjilat jari laa . 

&& minggu pertama ini juga saya agak ceria walaupun pada awalnya aku menangis apabila mahu pulang ke UPSI . 

hal ini disebabkan , kawan - kawan yang telah menceriakan pagi petang malam ku dengan gelak tawa .! Terima Kasih Kawan .

dan mereka yang terlibat adalah, jeng jeng jenggggg.....

thadaaa.....

Nik Ira Iryanie , Asfiffah Zamri , Siti Nurjannah && Munira Muhiyddin 

Terima Kasih sekali lagi yaa kalian . Kalian , telah membuat hari hari saya di kolej dengan lebih bersemangat .! 

Moga persahabatan kita akan berkekalan sehingga akhir hayat . :)) ecehhh , syahdu noo laa tuh ayat kau Putri ??. HAHA 

btw , saya ikhlas taw kawan kawan . :)

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Jul 13, 2010

disini

pemberitahuan .! aku mengupdate blog ini di Kolej Harun Aminurrashid . makna kata aku sudah kembali ke tampat pengajian ku di UPSI dan menggunakan line WIFInye yang agak express di bilik ku . Alhamdulillah . :DD 

Cerita bermula pada 11 Julai 2010 bersamaan hari pertama pendaftaran aku di kolej . Ecehh , dah ayat macam nak buat novel lak kann ? HAHA . :p

Terima Kasih kepada Abah & Mama kerana menghantar ku pulang walaupun aku dalam keadaan bersedih . ngee . :DD && kepada Cik Asfiffah Zamri juga kerana telah membantu saya mengangkut barang barang saya yang banyak gila itu naek ke atas . Tanpa anda barang saya tidak naek lah jawabnya . hahaha :p 




setelah habis mengangkut barang itu naek ke atas , abah telah membelanja FIfie makan kerana telah membantu aku . lalalla . :) 

kemudian , tidak sempat aku mengemaskan barang yang telah di bawa . aku telah melepakkan diri di rumah Fifie di Taman Bahtera . ngeheheh . 

tidak lama selepas itu , Jannah Moon Nik Ira & Syera pula datang ke rumah sewa Fifie . sejurus itu kami telah membuat perancangan untuk makan makan di Dusun Bay bersama Kak Imah .

pulangnya dari tempat makan itu , kami telah berjumpa dengan Ella yang sedang memikirkan bagaimana hendak menonton Final World Cup pada pagi itu .! woot woot . :DD

sedang bergelak ketawa sambil berborak dan berbahas mengenai bola , sesuatu perkara telah berlaku . nak tahu apakah ??. haa , aku telah membuat magic mengeluarkan kupu kupu dari bawah ketiak .!! muahahaha .

kalau masa tuh ada record video memang aku akan upload apa yang terjadi . memang tak ingat punya kuat aku jerit .!! HAHA 

sementara menunggu jam 2 pagi untuk menonton World Cup , kami telah lepak-ing di rumah Jannah sambil menjamu selera . :DD 

tepat jam 2 pagi kami turun dengan penuh semangat untuk melihat kemenangan Spain . HAHA . tak menahan tengok abang yang berkain pelikat tuh . 

masa Spain score yang tak masuk tapi nampak MACAM masuk tuh , abang berkain pelikat tersebut siap bangun melompat keriangan .!! AHAH . padahal , tak masuk pon . semangat sangat laa tuh dengan Spain dia . 

&& macam macam agy ragam orang masa tuh . dengan abang belakang kitorang nye memekak mekak . abang depan nye menghalang penglihatan kitorang . adoiii . -__-

sanggup tuh kitorang bersengkang mata .! HAHA . perempuan yang ada pon tak ramai . :p Aku , Jannah , Moon , Fifie , Nik Ira & Ella . ngehehehe . kaki bola sangat laa tuh kitorang ny . weksss . :D


tahniah sekali lagi buat pemain Spain .!! :) David Villa itu sangat macho okayh . :DD 


***********************************************

disini juga , saya ingin meluahkan perasaan tentang hari pertama untuk ke kelas . 

perasaan berada di dalam kelas itu sangat menyeronokkan . kerana kawan kawan yang masih sama . lecturer yang masih tidak memunculkan diri . dan tiada assignment yang perlu disiapkan . 

tapiiiiiiiiiiii , okay ada tapi disitu .! 

aku amat sesak dan serabut bila memikirkan keadaan untuk menaiki bas apabila mahu ke kampus . MasyaAllah manusia ramai gilaaa .!! 

bas yang disediakan semakin sikit , manusia yang ingin menaiki bas semakin berlambak .! membuatkan aku rasa macam nak menangis jaa bila tengok keadaan tuh .

sehubungan itu aku mengharapkan agar Mama && Abah menghadiahkan aku sebuah kereta idamanku seperti gambar di bawah .


tadaaa .! 

memang aku nak makan kaki abah laa kan if mintak kereta Mini Cooper S niyh . && ayat yang aku akan dengar dari abah , "kau ingat abah cop duet?." bhaha .! :DD 

no laa . aku tak mengharapkan pon dapat kereta itu . dapat Honda Jazz colour pink pon jadi laa .! tetttt . *demand lagi kan?* hahaha .xde laa , dapat kancil or Savvy pon tak kesah abah , asalkan boleh bergerak . HEHE 

readers sekalian , mari kita doa beramai ramai agar En Jasmi terbuka hati untuk membelikan Putri sebiji kereta agar memudahkan perjalanan ku untuk ke kampus . Aminnnn . :)

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Jul 11, 2010

shitto.!

to my followers and bloggers , if rasa nak baca . korang boleh baca . sebab entry kali ny agak sadis ye disitu . -__-

actually banyak benda yang aku nak story . pasal World Cup German VS Spain hari tuh . pasal family aku . pasal aku jadi Modern Maid . && banyak lagi .

tapiii , semua tuh aku macam xda mood nak update . yang aku rasa sekarang SEDEYHH .!! sebab ??. pada hari Ahad bersamaan 11 July aku dah nak pulang ke UPSI . :((

even tadi , aku dah pergi have fun dengan Ezrai . menjerit jerit jadi supporter untuk team cheerleading dekat Bukit Jalil . 

tapiiiiii , still tak hilang lagi kesedihan tuh .!! memang . memang waktu aku keluar ke KL tuh aku LANGSUNG tak ingat pape pasal UPSI . rasa macam lama lagi nak duduk kat rumah . 

&& bila aku dah balik rumah jaa dalam kol 10 tuh . aku dah rasa MOOD aku tak stabil . cepat jaa nak emo . sikit sikit bila orang tego , aku nak nanges . adesss . :(

dah la . sampai sini jaa .! aku nak cuba melupakan kesedihan aku lagi . aku nak tengok world cup . German VS Uruguay . ngehee . 


BE STRONG RAINBOW.!!

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Jul 7, 2010

8 Adat Dalam Bercinta


Haa , kali ni pulak aku nak share adat adat dalam percintaan . Eceh , aku ni macam bercinta pulak kan ??. takda laa , saja nak kongsi maklumat dengan kalian . Tak salahkan ??. Dalam memberi kita pun boleh menerima jugak . HUHU

Adat Pertama ; CEMBURU
Benda ini normal . Cemburu itu kan tandanya sayang , jadi bukan satu benda yang luar biasalah apabila dalam bercinta wujudnya perasaan cemburu . 

Adat Kedua ; BERSELISIH FAHAM
Sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula pasangan yang bercinta . Adakalanya perselisihan lah cara untuk pasangan yang bercinta mengenali antara satu sama lain .

Adat Ketiga ; PERASAAN BOSAN
Bila lama bercinta perasaan bosan itu pasti akan wujud dan kerana itulah perlunya variasi dalam perhubungan agar hubungan tidak tertumpu hanya pada satu perkara sahaja .

Adat Keempat ; HALANGAN & DUGAAN
Dalam bercinta kalau tidak ada halangan bukanlah bercinta namanya . Jadi , jangan takut pada cabaran kerana itu adalah salah satu adat pasangan bercinta . Hadapinya dengan positif .

Adat Kelima ; MASALAH MENCARI KESERASIAN
Di besarkan dalam dunia yang berbeza . Jadi sudah tentulah sukar untuk mencari keserasian . SUdah menjadi adat dalam bercinta apabila berhadapan dengan masalah apabila mencari keserasian .

Adat Keenam ; KEHADIRAN ORANG KETIGA
Paling popular dalam adat orang bercinta , akan hadirnya orang ketiga . Semua ini adalah dugaan bagi pasangan dan kerana itulah perlunya kekuatan untuk melawan kehadiran orang ketiga ini .

Adat Ketujuh ; SETIAP SAAT PERLU DILAPORKAN
Apabila bercinta setiap saat dirasakan sangat penting dan kerana itulah apabila berjauhan sekalipun kemu perlu melaporkan pada si dia apa yang kamu lakukan .

Adat Kelapan ; BERKONGSI
Orang yang dilamun cinta akan berkongsi semuanya bukan sahaja waktu senang malah waktu susah juga . Jadi jangan peliklah kalau perkongsian merupakan salah satu adat dalam bercinta . 


ngehehe . so , itulah adat adat yang ada dalam percintaan . Aku agak setuju dengan majoriti adat itu . tapii , untuk adat ketujuh itu aku agak tak terima . Perlukah kita nak melaporkan setiap gerak geri ?. Sedangkan kita belum tentu jadi pasangan suami isteri?. Okay okay , terpulang kepada yang lain . Ini pendapat aku .! *patutlaa kau xda BF Putri.* HAHA

&& one more part . adat kelapan tuh .! agak agak kalau orang yang tak berfikir panjang tuh , mesti kongsi SEMUA kan ??. HAHA . bagi aku okay kalau nak berkongsi , tapi jangan sampai menyerah diri . kann ?? :) 

jadi , terpulang dekat you alls . :)

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Jul 6, 2010

Timetable Semester 3


Kawan kawan , teman teman dan sahabat sahabat . Meh sini meh . I ada nak share something dengan you all . lalala . :) 

Seperti yang anda sudah sedia maklum dengan tajuk di atas , timetable untuk semester 3 telah pun dikeluarkan . *ayat aku masih maintain tak nak menunjukkan keterujaan* :DD

yahoooooo.!!!! aku agak SUKA dengan jadual yang telah diaturkan . *okay gaya gaya aku teruja sudah semakin menyerlah disini.* :) nak tahu sebab apa ???.

sebab , hari Isnin itu class aku bermula agak lambat . so , Ahad ny lepas aku kemas kemas barang aku boleh ikot abah balik KL . Hal ini disebabkan aku nak tengok FINAL WC . HEHE :) *semangat sangat laa tuh bersukan.* && hari Isnin tuh Abah boleh hantar aku pulang ke Tg Malim kerana abah sudah pencen . jadinya , beliau tiada kerja laen . :DD

lagi sebab majoriti class aku takda start seawal 8pagi kecuali untuk hari Khamis itu . ngee =.= dengan itu , lepas Subuh aku boleh begolek golek atas katil semula . *macam laa katil kat UPSI tuh best sgttt* 

lepas tuh pulak , sebab yang aku suka dengan jadual yang diberi ni hari Jumaat tuh class sampai pukul 5petang .berbanding dengan Sem yang lepas sampai pukul 7 . eish3 . makna kata , semester ini aku boleh cabut pulang ke KL dengan lebih cepat . HAHA :p

tralalala . :) harap harap aku dapat tempuh semester ini dengan penuh keyakinan . ececeh .! :DD 

tapii , aku agak KURANG MINAT jugak dengan jadual ni . sebabnya , dari Kampus tuh nak ke Taman Bernam . camna nak lari pecut ke sana ??. dah laa nak kena rebut2 naik bas . grrr . =.=



Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Ikhlas dari Putri Pelangi


Beri 7 perkataan yang menggambarkan si pemberi award ini ;
  1. ...
  2. ...
  3. ...
  4. ...
  5. ...
  6. ...
  7. ...

Berikan award ini kepada 7 blogger yang lain & nyatakan sebab ;
1. Munira Muhiyddin  layak menerima nya kerana sangat rajen mengupdate & merupakan follower saya yang terbaik . ;))

2. Jannah Mohamed layak menerima kerana kadang kadang cerita atau ayat ayat di dalam blognya boleh dijadikan sebagai panduan untuk menulis . HEE

3. Nurul Asyikin  layak menerima kerana saya menggemari cara penulisannya . pagenya pon menambat hati saya . :)

4. Athirah Nawang dapat kerana dari blognya saya boleh mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa . Sebabnya kami jarang contact guna handphone . :)

5. Farah Nadira juga dapat award ini di sebabkan page beliau yang sentiasa cantek dan comel seperti tuan empunya blog . 

6. Farah Nabila terima award ini disebabkan dalam blognya ada gambar saya . HAHA . tak masal ekh ?? tapi memang nak bagi sebab page dia pon cantek . 

7. Kepada SEMUA blogger termantap . sebab PutriPelangi suka meluangkan masa dengan membaca blog kalian . jadi , terimalah dengan hati yang terbuka . 


Beri sedikit ucapan kepada pemberi;
.....

Sekian, Terima Kasih.

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Jul 5, 2010

Buat Pelajar UPSI

Okay , entry ini serious buat student UPSI .!! pagi pagi aku onn MyUPSI Portal sebab nak daftar semester . && then seperti biasa , aku onn FB . 

lepas tu , sorang kawan aku dari UPSI suruh aku bukak UTUSAN ny and baca isi kandungannya . memang gila laa kan aku baca .!! 

agak laa ohh .! habes untuk apa jadikan Uni tuh Uni Pendidikan ???. serious ni jugak buat aku risau . kepada rakan rakan UPSI . sila CLICK HERE .!! =.=

entry ini tiada gambar kerana mengambil masa yang ringkas . tapi ini sangat serious .! hee

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

HEHE

Aduhh , Akim ny boleh buat aku gila bayang ohh . :D ngee.! if ada apa apa iklan or cerita yang ada Akim , sure aku akan mencacak depan TV tuh . Akim Ohh Akim .!!

"Akim , kenapa laa you buat i macam ni ?" :DD 

Afiq Hakim b Ahmad & Putri Nurul Nabiha bt Jasmi

see.!! sepadan kan ?? lalalala . :DD okay okay .! cukup aku menaruh harapan dekat Akim niyh . HAHA . ny semua gara gara aku asyik tengok muka dia laa ny . ngeHEHE . btw , 

"sorry yew sayang . I tak pegy concert cornetto u dekat rooftop BB tuh.I ada hal."

Its enough Putri.!! kang ada orang menyampah pulak kalau makin menggedik . ngee :p



Haa , sekarang aku tukar topic .! ;) nampak tak gambar kat atas ??. haah , tadi aku pergi Gulati's Silk House . tapi bukan macam gambar kat atas nuh . tuh sekadar bahan jaa.! aku pergi dekat Ampang Point . HEHE

seronok weyh .!! pergi ngan Mama & Abah . Masya Allah , masuk kedai tuh jaa aku dah jadi rambang mata . kiri kanan depan belakang semua laa kain . cantek cantek pulak tuh . 

&& yang paling best nya , aku mintak sepasang jaa kat Mama . tapiii , aku dapat dua pasang .! lepas tuh abah pon bagi sepasanggg . YEAYY .!! 

Terima Kasih Mama Abah .!


Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Jul 4, 2010

Ya atau Tidak

40 SYARAT LELAKI UNTUK SI GADIS

Hubungan cinta yang disemai tentunya menuntut persefahaman dan keserasian di antara pasangan . Dua elemen itu cukup erat dalam menggambarkan hubungan cinta yang diikat mampu bertahan lama . Jika tidak , cinta yang dipateri mungkin akan ternokhtah di tengah jalan . Pendapat lelaki dalam majalah terbitan REMAJA cuba menyelongkar 40 kriteria yang disenangi lelaki terhadap seorang gadis . CHECK IT OUT.! 

  1. Punya minat dan hobi yang sama .                                                                                  
  2. Cepat faham andai kamu sedang marah atau pun bengang mengenai sesuatu perkara. Lebih menyenangkan , si gadis itu cepat - cepat menenangkan...
  3. Sentiasa ada bersamanya. Tidak kira semasa gembira atau berduka.
  4. Gadis tidak bermuka muka. Depan cakap lain , belakang cakap lain.
  5. Bijak menjaga sahsiah dan tatasusila diri. Lebih penting si gadis itu tidak mengada ngada atau gedik tidak bertempat .
  6. Pandai masak. Lebih manis jika gadis itu boleh masak menu kegemaran teman lelaki.
  7. Hormat orang. Ramai lelaki menyukai gadis yang tahu hormat org lain termasuklah teman lelaki sendiri.
  8. Tidak bersifat materialistik.
  9. Tahu berfesyen. Perlu ingat , lelaki juga celik fesyen.!
  10. Tidak mengenakan pakaian yang terlalu seksi. Nampak merimaskan.
  11. Cakap lepas. Lebih elok jika gadis itu menjaga perilaku dan tutur kata.
  12. Boleh bercakap atau berbicara mengenai apa sahaja. Terutamanya mengenai hal dunia semasa.
  13. Solehah.
  14. Tidak mengumpat, suka menjaga tepi kain orang
  15. Tidak lokek duit ketika meluang masa bersama ketika makan makan atau menonton wayang.
  16. Peka dengan setiap karekter teman lelaki.
  17. Sarat dengan elemen kewanitaan dalam diri.
  18. Tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan teman lelaki.Waima ketika berselisihan faham...
  19. Bijak dalam pengurusan masa dan kerjaya
  20. Pandai berdandan dan bersolek
  21. Tidak mengongkong ambil tahu pergerakan lelaki 24jam.
  22. Boleh berkomunikasi dengan baikdengan ahli keluarga belah lelaki.
  23. Bijak mengambil hati
  24. Bertudung atau tidak adalah perkara yang subjektif. Akan tetapi , lebih separuh dari lelaki senang dengan gadis atau isteri yang berambut panjang.
  25. Mampu berdiri di atas kaki sendiri dari hanya bergantung harap pada teman lelaki .
  26. Tidak kemaruk seks.
  27. Pandai menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi.Baik ketika bersama keluarga atau teman rapat.
  28. Sukakan kanak kanak.
  29. Lemah lembut keperibadiannya.
  30. Tidak mudah melenting. Tidak menjadikan alasan 'period' sebagai medium untuk melepaskan kemarahan.
  31. Punya kerjayanya sendiri.
  32. Bercakap hanya ketika perlu.
  33. Tidak membebel di dalam kereta.
  34. Tidak terlalu sosial .
  35. Sentiasa mahu memajukan diri sendiri.
  36. Tidak selekeh.
  37. Pandai jaga badan.Gadis tidak perlu langsing tetapi memadai jika sedap mata teman lelaki memandang.
  38. Kulit muka kamu mulus dan licin.
  39. Tidak bangun lambat.
  40. Tidak mengada ngada mengenai hal yang remeh temeh .

HAHA . Boleh tahan memilih gak eyk lelaki kalau macam niyh??. so , aku saja nak berkongsikan benda ini dalam blog . Even PutriPelangi ini belum bercinta tetapi baca untuk tambah pengetahuan . lalalal . kepada sesiapa gadis yang sudah mempunyai teman lelaki , pandai pandai laa yew . tapi jangan terlalu menghambakan diri pada teman lelaki sehingga apa yang buruk padanya kita tak nampak . :) 



Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

TAKWIM sem 3 & sem 4


tadaa . aku nak berkongsi kan kepada semua orang .!! terima kasih Jann kerana telah memberitahu tentang TAKWIM ini . 

sumpah aku agak seronok bila tengok takwim niyh . seperti biasa , first skali yang aku akan tengok adalah CUTY . tetttt . tak menyempat aku ny ekh ?? belom start belajar lagi dah carik cuti . HAHA 

orang lain sibuk tengok bila masa nak exam , aku carik cuti . well , aku tak boleh nak nafi . tuh memang pernagai aku .!! lalalaa :)

so , rakan rakan sepejuangan UPSI . cuty kita agak seronok yew .! && aku tak sabar nak tunggu cuti sem4 .!! HAHA

yang best , tadi aku cakap ngan Mama ;

Anak : Maa , sem depan cuti raya Ya 2 minggu . ! yeayyy . *dlm nada excited*
Mama : eyh laa kau ny . belom start belaja lagi dah tengok cuty ??
Anak : biase laa Maa . anak Mama ny kan suka bercuty . 
Mama : hishh laa . *sambil menggelengkan kepala*

hahaha . nak buat cam na ?? . dah memang kenyataan . HEHE , jangan kaurang kata yang kaurang tak suka cuti . itu sangat menipu okayhh . :p

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

Jul 3, 2010

award


 
 
 
Seperti biasa kena jawab tag yar! :D


1: Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni.
 
terima kasih kepada Mira Izati kerana telah memberi award ini . actually sudah beberapa hari . tapi baru sekarang nak update . sorry yew Mira . :) 


2: Sila beri award kepada 10 blogger yang lain


part ny aku dah malas . sebabnya hari itu aku baru bagi . siap link lagi tau . ngee . so siapa yang nak , boleh laa ambil . :)


3: Anda mesti memberitahu kepada 10 blogger ini

tak perlu dah . :p 
 

4: Bagaimana anda boleh digelar blog yang best and great?

haa , itu anda semua boleh bertanyakan kepada si pemberi . kang kalau saya cakap blog saya cantek nanti kata perasan pula kan . HAHA . btw , thanks again MiraIzati . :)

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)

sayaGEMBIRA

seperti yang sudah dijanjikan semalam , aku akan mengupdate apa yang tertinggal . huhu :) so , terima lah dengan hati yang terbuka . HAHA

untuk minggu ini , Putri Nurul Nabilah selaku kakak ku telah bercuti . di kesempatan itu , dia telah bercuty di rumah Mama &Abah . Serta telah menghabiskan cuti nya dengan keluar berjalan jalan bersama adiknya yang comel ini .! :) bhaha . 

Hari :Rabu
Tarikh : 30 Jun 2010

haa , pagi pagi lagi Nabiela dah datang rumah kejot aku . adesss . kau ny ganggu waktu tidur aku ohh . tahu tak aku tido lambat . ngee :p

then , dia ajak aku pegy umah mak mertua nya dan bersiap di sana . ayoyooo .! aku cakap kat dia; 

"kau pegy amik baju , seluar jean n selendang aku nak kua."

dengan bagusnya , dia telah  mengikut cakap seorang adik .! HAHA . :DD dia dah amik semua tuh , aku pon terus capai tudung dan masuk ke dalam kereta . ngee , ttanpa mandy okayh .!! :))

sampai umah mertua dia , aku sambung tido . dah dekat pukol 12 Nabiela soh siap . && aku cakap lagi ;

"kau pegy laa mandy && siap dulu ."

sekali lagi dia telah mengikut kata ku . lalalala . terBAEK punya kakak . :)) tengah dia dok make up , baru laa aku p mandy manda . dah siap dua beradik niyh , baru keluar . masa tuh pukol 130 kot .

hee , seperti biasa . sebelum ke mana mana . wajib singgah ke Ampang Park untuk lunch bersama Abg Jai selaku abang iparku . HEHE . 

and after tuh , baru laa Nabiela & Nabiha merayap .! woot woot . && kami telah menuju ke Times Square . dan di sana juga , kami telah menghabiskan masa di New Way . tempat apakah itu ??. okay , bukan tempat mentelaah yang pasti .!! HAHA

New Way itu adalah tempat kami melalak suka haty . adoiii , tak dapat lagi ?? slow laa korang ny . hee :p itu tempat karaoke laa . HEHE

dua beradik ini telah menghabiskan masa selam TIGA jam .!! lama kann ?? eish3 , tak boleh blah adik beradik ny . HUHU :p tapi xpa , asal puas haty . mana taknya ;

Masa : 345pm - 645pm
Bayar : RM24.00
*termasuk makan minum taww*

haa , berpatutan kann ?? wuhuuuu. terbaek laa .!! :) dah penat melalak , baru laa dua beradik ini balik ke Ampang Park untuk menjemput Abg Jai pulang . HAHA

tengok .! tempat pon macam RedBox kann ?? 
btw , ini laa dua beradik tuh .
kakak ku terlebih feeling .
HAHA

see.!? nampak tak kakak aku tuh ??
sampai terbaring kau melalak ??
ngok ngek .

********************************************

Hari : Khamis 
Tarikh : 1 Julai 2010

tarikh ny pon still merayap lagi . pada hal , semalamnya dah merayap sampai malam . :DD tapi hary ny laen siket sebab kua pagi pagi hari . .HUHU

planning hari ini berjogging di KLCC bersama Kak Min . woot woot . yo yo oww je au Nabiela && Kak Min tuh . bukan jogging mana pon . setakat berjalan jalan jaa kat taman tuh . aku yang semangat berjogging . HAHA :p

dalam pukol 9 lebih baru gerak pulang . tapi sebelum itu , singgah di Shiraz untuk bersarapan .!! lapar gilaa ohh . HAHA :)

haa , ini laa dia . 
jogging tak seberapa .
posing lebih .!! 

tadaa . dalam banyak banyak taman ,
taman KLCC jugak yang 
kitorang nak pegy jogging .
HUHU

jadi model KLCC boleh ?.
heee 

dah pulang ke rumah . aktiviti berfaedah disambung semula . iaitu TIDO .!! hahaha . penat ohh . dah laa malam tuh aku tido lambat agy . gara gara World Cup laa niyh . agagaga :DD 

then pukol 1 bangun siap siap . nak merayap lagi . hehe . :DD nampak tak adik beradik niyh suka keluar berjalan jalan ?? HUHU :)

juga seperti biasa singgah di Ampang Park untuk lunch bersama Abg Jai . hee

hari ini masih lagi di tempat yang sama .! Times Square . kitorang pergi maen bowling . ngehehe , :DD lepas tuh yang paling aku gemari . SHOPPING . yehooooo . :) 

trimas Nabiela . apa yang aku nak , semua dapat . yeayyy .!! terbaek laa . 

ahaa . :) ku tahu kakak ku lebih comel kann ??? mana tidaknya , hari tuh jaa . ada sorang mamat mintak email FACEBOOK . sumpah lawak laa kau mamat .!! menggigil kesejukan kann ?? hahahah :DD tapi kesian kat kau , kakak aku tuh dah kawen laa . hee .

.Nabiela & Nabeeha.


selalu selalu laa kau cuty yew Nabiela . lagi banyak laa aku nak beli nanti . HEHE . eyhh salah . lagi banyak laa aku nak soh kau beli . HAHA :)) 

sekian , .

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa :)